Saturday, 31 December 2016

Viral aksi berani remaja panjat ‘Ipoh’ disiasat


zamri-man
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuat laporan polis terhadap sekumpulan remaja yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat papan tanda “Ipoh” di Jalan Kuala Kangsar di sini.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut sebelum membuat laporan polis.

Katanya, siasatan itu bagi membolehkan MBI mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-undang Kecil Vandalisme 1991 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

“MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda Ipoh kerana ia amat membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Kuala Kangsar.

“Ini kerana struktur papan tanda yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu tersebut,” katanya dalam kenyataan.semalam

Zamri berkata sekiranya berlaku insiden seperti papan tanda itu tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab itu.



Gambar memanjat itu menjadi viral sejak 4 hari lalu antaranya di laman sosial Instagram dan YouTube menunjukkan sekumpulan remaja lelaki serta perempuan memanjat papan tanda tersebut.

Selain itu, kumpulan remaja berkenaan juga merakamkan aksi baring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka tiang papan tanda tersebut.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Bimbang rindu, Erra Fazira belum fikir mahu bersara


Erra berkata bukan mudah untuk meninggalkan dunia seni kerana sudah dibentuk sejak zaman remaja lagi. — Foto-foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Lebih dua dekad menghiasi dunia seni, Erra Fazira enggan membuat keputusan bersara kerana bimbang merindui bidang lakonan yang dianggap sudah sebati dengannya.

Erra, nama popular Fazira Wan Chek berkata selagi mampu dan terdaya, pelakon era 1990-an itu akan terus berlakon atas dasar minat.

“Ada yang ada sasaran [tempoh berlakon], tetapi saya berdasarkan pengamatan dan pemerhatian sekeliling kita.

“Kadang-kadang kita rasa nak bersara, ucap selamat tinggal dunia seni tetapi selepas itu rindu pula. Sebab kita tak tahu masa akan datang lima ke 10 tahun lagi.

“Saya tak mahu bekerja sampai tua. Saya hendak bekerja bila saya mahu bekerja,” katanya kepada ProjekMMO.

Bekas ratu cantik Malaysia ini berkata bukan mudah untuk meninggalkan dunia seni kerana sudah dibentuk sejak zaman remaja lagi.



© Provided by Malay Mail Online Erra berkata bukan mudah untuk meninggalkan dunia seni kerana sudah dibentuk sejak zaman remaja lagi. — Foto-foto oleh Choo Choy May Katanya, apa jua keputusan sukar dibuat pada masa ini bagi mengelak menjadi “hangat-hangat tahi ayam”.

“Saya takut nanti rindu pada lakonan. Iyalah, saya habis sekolah sudah terbuka dengan dunia ini, tiba-tiba hendak berhenti mendadak. Saya tidak tahu.

“Nak berhenti boleh tetapi kalau saya rindu nanti watak kecil pun saya hendak. Jadi baik saya tak payah tetapkan masa,” katanya.

Erra, 42, meraih populariti sebagai pelakon pada era 1990-an selepas kejayaan filem Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam.


Seriously.. sbb cantik sgt.. sayang nak potong.. and selepas tu.. habis licin dah cake tu di bedal oleh kami2 semua!! 😉😆 Terima kasih @mymumsbakery for the yummy and beautiful cake! tak pernah menghampakan. kalian mmg terbaik. no wonder u guyz are so famous n selalu bz dgn tempahan2!! kipidap @mymumsbakery .. TQ SO MUCH DARI KAMI @bersamaerra @rarabyerrafazira n saya sekeluarga!! 😙😙😙😙

A video posted by Eera Chek (@errafazira) on Dec 25, 2016 at 8:19am PST

Penyanyi Pasrah juga menjelaskan tiada konsert yang akan diadakan bagi meraikan penglibatannya dua dekad dalam arena seni.

Katanya, menjadi harapan untuk merakamkan lagu baharu jika diberi peluang syarikat rakaman.

“Menyanyi itu akan dilakukan sekiranya ada undangan yang setimpal dengannya. Lagu kalau ada halwa telinga sesuai dengan saya, saya tak kisah,” katanya.


SUMBER


by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Saturday, 24 December 2016

Driver was speeding in Johor bus crash that killed 14, say cops



MUAR: Police have confirmed that the express bus, which skidded off near Kampung Jayor here and killing 14 people, was travelling at a high speed during the incident.

Muar OCPD Asst Comm Azman Ayob said that the Alisan Golden Coach bus was travelling from JB sentral to Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur.

© Provided by The Star Online

The bus driver had lost control of the vehicle before plunging off a 10m cliff at KM137.2 of the North-South expressway, he said.

"The bus rammed into a concrete tunnel at the cliff," he reporters during a press conference held at Muar District Police Headquarters here on Saturday.

The accident killed 13 people at the scene while another victim was pronounced dead while receiving treatment at Sultanah Fatimah Specialist Hospital (HPSF) in Muar.

The dead included six men, eight women and a child. Their bodies have been sent to HPSF for post-mortem.



The other 16 passengers suffered minor and severe injuries and all of the victims were sent to HPSF for treatment.

ACP Azman added that the police have yet to identify the identities of the victims and yet to contact the express bus company.

He said the injured victims were identified as seven local men, five Singaporean men, two Myanmar men, a Singaporean woman and a woman whose identity has yet to be identified as she is still receiving treatment as at press time.

Meanwhile, Land Public Transport Commission ( SPAD), PLUSRonda and Propel Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Bhd (Propel) personnel were busy cleaning up at the scene of the accident.

A crane was on site to hoist the wreckage, which saw several seats being ripped off due to the impact, from the underpass.

Traffic was slow along the stretch as motorists slowed down their vehicles to catch a glimpse of the crash site. 



SUMBER

 
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Friday, 23 December 2016

Sebab foto seks? Teruskan cari saya di Google, kata Atikah Suhaime



 

KUALA LUMPUR, 23 Dis ― Terkejut berada di tangga kedua selepas Donald Trump sebagai individu paling dicari di Malaysia, Atikah Suhaime berkata “teruskan mencarinya”.

Hanya bakal presiden Amerika Syarikat mengatasi nama gadis ini dalam senarai 10 personaliti paling banyak dicari pengguna internet Malaysia di Google bagi tahun ini.

Atikah malah lebih digemari berbanding pelakon Korea, Song Joong-ki, yang berada di tempat ketiga atau penceramah popular Dr Zakir Naik (tempat kelapan).

Dilanda kontroversi foto lucah bersama seorang lelaki menjelang sambutan Aidiladha pada September lalu, beliau bagaimanapun tidak fikir dirinya sebegitu popular.

“Saya tidak rasa saya adalah personaliti popular tetapi masyarakat mungkin ingin tahu tentang saya dan sebab itu mereka cari saya di Google.

“Dan saya harap sikap ingin tahu mereka mengenai saya berterusan kerana saya akan bawakan sesuatu yang baik untuk mereka tahun 2017,” kata heroin Volkswagen Kuning kepada ProjekMMO.



http://ift.tt/2i7dRD2 >

Namun Atikah, 25, enggan mengulas sama ada namanya melonjak naik akibat foto lucah tersebut.

“Boleh kamu tanya saya soalan yang lebih positif?” kata pelakon kelahiran Singapura itu sewaktu disoal sama ada ia menjadi faktor carian namanya begitu popular di Google.

Pernah dibekukan enam bulan oleh stesen TV susulan dakwaan video seks tahun lalu, Atikah kembali berlakon awal tahun ini.

Namun, namanya disebut semula selepas beberapa foto intim bersama seorang lelaki yang tidak diketahui tarikhnya tersebar di sebuah forum atas talian.

Satu foto itu menunjukkan lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya bertopi sambil memeluk wanita tersebut, yang berbaju biru, dari belakang.

Atikah bagaimanapun menafikan beliau adalah individu dalam foto tersebut.

http://ift.tt/2i0AziN >

Ketika dihubungi melalui WhatsApp, Atikah berkata pihaknya bakal melancarkan produk kecantikan bulan depan.

“Saya akan keluarkan produk kosmetik saya sendiri TikaMe pada Januari ini, bermula dengan maskara,” kata pelakon filem My Stupid Boss.

“Dan lakonan drama juga akan disiarkan tidak lama lagi, saya akan maklumkannya di Instagram.”

Menurut senarai Google Malaysia, Margot Robbie, pelakon The Wolf of Wall Street, berada di tangga kelima, selepas penyanyi remaja yang makin meningkat popular Aiman Tino.

Zakir di belakang pelakon Syatilla Melvin dan Nadia Nordin, wanita yang dikaitkan dengan video insiden pukul di sebuah hotel di Golok, selatan Thailand pada hujung September lalu.

Pemain badminton Lin Dan dan calon Demokrat, Hillary Clinton masing-masing berada di tangga kesembilan dan terakhir. 



SUMBER : 


SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN
SILA KLIK UNTUK SAMBUNGAN



by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Thursday, 22 December 2016

Akibat curi basikal, 2 pelancong Australia diarak keliling kampung


cuti_australia_600
 

JAKARTA: Dua pelancong Australia yang didakwa mencuri basikal dipaksa berjalan keliling kampung di sebuah pulau di Indonesia semalam dengan papan tanda digantung di leher mereka.

Di papan tanda itu tertera tulisan: “Saya pencuri. Jangan buat seperti apa yang saya buat.”

Pelancong yang tidak didedahkan namanya itu dituduh mencuri basikal itu kira-kira 10 hari lalu di Gili Trawangan, destinasi pelancongan popular di tengah Indonesia.

Rakaman CCTV menunjukkan mereka mengambil basikal itu dari sebuah hotel, kata ketua kampung Muhamad Taufik.

Pengurus hotel melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa yang menangkap pasangan pelancong itu keesokan harinya, kata Taufik.

“Kami menyiasat mereka, buat perjanjian, arak mereka keliling pulau ini dan paksa mereka keluar dari Gili,” katanya.



Mereka ialah pelancong asing pertama tahun ini terpaksa menjalani hukuman sedemikian di pulau itu. Beberapa warga Indonesia pernah dikenakan hukuman itu kerana mencuri.

Undang-undang negara berkuat kuasa di pulau itu tetapi tidak jelas sama ada rakyat Australia itu menjalani siasatan polis rasmi atau tidak.

“Perarakan seperti ini ialah undang-undang di kampung kami. Saya tak tau sama ada polis akan dakwa mereka sekarang, apa yang penting pada saya ialah mereka sudah tidak ada,” kata Taufik.

Perarakan aib seperti itu dilaksanakan sejak bertahun lalu di Gili Trawangan, satu pulau kecil di pantai Lombok, di timur pulau popular Bali.


SUMBER



by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Hotel diroboh, Jamal dakwa Azmin berdendam


jamal-azmin-roboh
PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunus hari ini mendakwa Datuk Seri Azmin Ali mengarahkan hotel miliknya Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dirobohkan serta-merta kerana dendam susulan kritikannya terhadap isu gangguan air.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) diarahkan merobohkan premis perniagaannya atas arahan Azmin yang juga menteri besar Selangor.

“Pagi tampal notis, petang ini roboh. Ini tindakan balas dendam kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin. © Provided by MToday News Sdn Bhd notis

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air,” katanya kepada FMT.

Berdasarkan notis yang diterima FMT, MDSB menghantar notis perintah menutup hotel milik Jamal yang berada di Jalan Pantai Redang, Sekinchan berkuat kuasa hari ini dan pemeriksaan semula premis itu akan dibuat pada 4 Januari depan.

Tetapi, MDSB sudah pun menjalankan kerja merobohkan premis itu pada hari ini.



Arahan itu menyebut Jamal sebagai pemilik premis menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013.

Mengulas mengenai notis itu, Jamal berkata pihaknya memohon permit sejak 5 tahun lalu tetapi tidak diluluskan MDSB walaupun pelbagai dokumen lengkap disediakan.

“Sudah 5 tahun berniaga, saya sudah mohon lesen sejak 5 tahun lalu dengan semua syarat dan bayaran dibuat kepada majlis,” katanya.© Provided by MToday News Sdn Bhd roboh-3

Semalam, Jamal datang ke Bangunan SUK Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu, bagi memberi laluan kerja penyelenggaraan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong.


SUMBER

KLIK UNTUK BERITA LAIN 
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Wednesday, 21 December 2016

Bapa curi baju sekolah tidak layak terima bantuan JKM


rohani
PUTRAJAYA: Seorang bapa yang ditahan selepas didapati mencuri pelbagai barangan termasuk keperluan persekolahan di sebuah pasar raya di Johor Bahru semalam tidak layak sebagai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pegawai kementerian yang membuat semakan mendapati lelaki itu mempunyai pendapatan dan berkemampuan.

“Pihak kami (kementerian) akan memberi bantuan dari segi kaunseling kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kelengkapan sekolah ‘Kembali Ke Sekolah’ di sini hari ini.

Menurut Rohani, anak sulung lelaki itu juga baru berusia 3 tahun dan tiada keperluan untuknya mendapatkan baju sekolah.

Lelaki itu yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah jabatan kerajaan selama 13 tahun ditahan selepas didapati mencuri pelbagai barangan bernilai RM415.06 di pusat beli-belah itu.

Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis, namun siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.



Laman media sosial semalam hangat dengan perdebatan netizen yang mempersoal mengenai bantuan yang sepatutnya dihulurkan kepada lelaki sehingga terpaksa untuk mencuri.

Terdahulu, Rohani menyampaikan kelengkapan persekolahan kepada 500 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak (RKK) Rembau dan RKK Tengku Budriah yang disumbangkan oleh Universiti Tun Abdul Razak.Katanya JKM mempunyai 13 RKK di seluruh negara yang merupakan institusi tempat selamat bagi tujuan pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Tuesday, 20 December 2016

Suara misteri yang datang dari laut tengah telah dirakam



© Earth Imaging/The Image Bank/Getty Images Pacific Ocean 


Scientists and deep-sea researchers have been left questioning a mysterious sound picked up in the deepest known part of the world's ocean.


Researchers from Oregon State University's Hatfield Marine Science Centre picked-up an echoey, wailing noise while monitoring deep-sea whale communications in the Mariana Trench, north of Guam in the western Pacific Ocean.

The trench lies between Japan to the north and Australia to the south, and is up to 10,972m deep.

Marine researchers sent a hydrophone - a special device which can dive up to 1000m below sea level - into the deepest part of the trench.

The noise hits incredibly high, then incredibly low frequencies and lasts between 2.5 and 3.5 seconds.

"It’s very distinct, with all these crazy parts," Oregon State University senior marine bioacoustics researcher Sharon Nieukirk said.

"The low-frequency moaning part is typical of baleen whales, and it’s that kind of twangy sound that makes it really unique. We don’t find many new baleen whale calls."

Researchers have named the bizarre sound the "Western Pacific Biotwang" and believe it resembles the "boing" sound produced by dwarf minke whales on the Great Barrier Reef.

"We don’t really know that much about minke whale distribution at low latitudes," Ms Nieukirk said.

"If it’s a mating call, why are we getting it year round? That’s a mystery."
SILA RUJUK DISINI
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Wednesday, 14 December 2016

Lagi YUNA dicium dan dipeluk artis barat


by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Lelaki ditahan belasah isteri hidang lauk sejuk


pukul
MIRI: Seorang penternak ayam ditahan polis kerana memukul isterinya dengan tali pinggang dan rotan di Kampung Jagus Lambir, Miri, semalam.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek berusia 33 tahun itu memukul mangsa berusia 34 pada 4 petang Ahad kerana marah dihidangkan lauk yang sejuk.

“Apabila mangsa mahu memberi anjing makan lauk yang dimasak, suspek marah dan memukul pengadu menggunakan tali pinggang dan rotan,” katanya hari ini.

Khoo berkata, mangsa seorang suri rumah mengalami kesan lebam dan calar akibat dirotan dan dipukul dengan tali pinggang di kaki, tangan dan seluruh badan.

“Mangsa sering dipukul suspek,” katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman 3 hari sehingga Khamis ini.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Wednesday, 7 December 2016

Pegawai di tangkap khalwat

Seorang lagi mangsa aktiviti skodeng pegawai agama 























Sekali lagi, aktiviti skodeng oleh penguatkuasa agama membawa padah.

Kali ini, seorang pegawai polis mati apabila terjun dari tingkat 4 sebuah bangunan di Pandan Perdana, Cheras, ketika cuba melarikan diri daripada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menceroboh masuk ke dalam flat wanita yang dipercayai kekasihnya.

Selepas mereka “dibenarkan” masuk (perlu diingat, mereka ini selalunya memekik di pintu sehingga tuan punya rumah terpaksa membuka pintu), mereka mendapati tingkap terbuka, yang digunakan lelaki itu melarikan diri tetapi jatuh terbaring di atas jalan.

Apakah ini harga yang dibayarnya sesuatu yang boleh diterima? Ini bukan kos wang ringgit tetapi kos sebuah nyawa yang tidak boleh dikembalikan.

Bagaimana kalau pegawai polis itu anak kepada ibu bapa yang mengharapkan untuk menampung mereka? Jika dia berumahtangga, balu dan anaknya akan turut terkesan.

Kenapa pegawai agama kita masih meneruskan aktiviti skodeng?



Bagi penyokong aktiviti ini, ia menjaga keluhuran agama Islam. Benarkah Islam akan terhina jika umatnya melakukan kesalahan seperti ini? Pemikiran ini amat merbahaya kerana kita mengelirukan perkara yang abstrak dengan perkara yang konkrit.

Umat Islam sering dinaikkan emosi apabila berdepan dengan berita yang dikatakan menghina kesucian Islam. Semasa remaja, episod “Satanic Verses” melibatkan penulis Salman Rushdie menjana respon lantang daripada umat Islam di serata dunia khususnya di Britain. Buku ini menghina Nabi Muhammad dengan teruk, dan saya yang amat lentur dengan kebebasan berkarya pun terasa hina dengan kandungan buku itu, apatah lagi mereka yang konservatif.

Tetapi kita perlu bertanya, adakah reaksi kita memperbaiki keadaan atau hanya memburukkan keadaan itu? Apa yang berlaku ialah buku Satanic Verses laris di Britain. Umat Islam di UK membakar beribu-ribu naskhah buku itu menunjukkan kemarahan, mungkin itu yang menyebabkan penjualannnya naik mendadak!

Poin saya, kadang-kadang respon kitalah yang memberi efek yang tidak kita ingini.

Berbalik kepada kes khalwat di atas, dasar kerajaan terhadap masalah ini ialah dengan mengadakan skuad skodeng. Tetapi setelah berdekad menangani masalah ini dengan kaedah itu, adakah ia berjaya diselesaikan? Tidak sama sekali.

Masih banyak pasangan ditangkap and entah berapa lagi yang tidak dikesan. Mereka hanya akan mencari tempat yang tidak boleh dicerobohi oleh pegawai agama.

Apakah penyelesaian terhadap masalah ini?

Mungkin kita perlu memikirkan kembali budaya perkahwinan di kalangan umat Melayu. Sebenarya masalah ini bukan sahaja di kalangan Melayu tetapi juga di kalangan umat Islam Asia Selatan dan juga di Timur Tengah.

Perkahwinan adalah projek yang menelan belanja tinggi. Di Malaysia, kos hantaran sahaja menelan belanja berpuluh ribu ringgit. Ini belum termasuk kos majlis perkahwinan itu sendiri.

Yang menghairankan, walaupun identiti Islam kita semakin menebal, namun dalam bab ini, kita tidak mengikut sunnah langsung. Malah, Rasulullah mengahwinkan anaknya Fatima dengan maskahwin yang amat sederhana jika dibandingkan dengan perkahwinan orang sekarang!

Inilah budaya yang perlu difikirkan semula. Mungkin pasangan boleh berkahwin dahulu tanpa mengadakan majlis dan hanya mengadakan majlis selepas mereka sudah mendapat kerja tetap dan mengumpul wang yang mencukupi.

Sebenarnya, keperluan hidup seperti rumah, kereta dan pakaian untuk ke ofis pun lebih penting daripada mengadakan majlis, terutama majlis yang keterlaluan. Ada yang berhutang demi menampung kos majlis ini.

Perlu juga diteliti falsafah kita berkenaan dengan perhubungan di antara pasangan. Sememangnya budaya Melayu tidak mengamalkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita tetapi tidak berapa lama dulu, komunikasi di antara remaja lelaki dan wanita bukanlah satu perkara yang terlarang.

Sekarang ini, kita sering disajikan “nasihat” di media sosial yang wanita yang melihat lelaki dan timbul keinginan semulajadi terhadap mereka telah mengaut dosa besar, dan akan diazab dengan api neraka kelak. Ugutan hukuman yang amat berlebihan ini hanya akan memberi tekanan perasaan yang berlebihan kepada orang muda.

Masalah paling besar ialah sikap pasukan skodeng itu sendiri. Jika kita tatapi video di Youtube, kita boleh perhatikan bagaimana mereka memberi salam lalu dengan bongkak bertanya kepada pasangan yang berkenaan jika mereka berkahwin atau tidak.

Mereka nampak mabuk kuasa, suka melihat pasangan dalam ketakutan. Kenapa tidak boleh memberi salam dengan baik lalu meredakan hati pasangan berkenaan? Adakah mereka mencontohi Nabi Muhammad di sini?

Peristiwa tragedi telah berlaku. Seorang lagi hilang nyawa akibat sikap yang diambil pasukan skodeng. Kita perlu memikirkan semula pendekatan kita terhadap masalah ini.


sumber :
 http://ift.tt/2g9IDOi
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Sunday, 4 December 2016

Pembongkaran rahsia kematian Datuk di Penang baru ini


Ong-Teik-Kwong-gun-shot-1
 

GEORGE TOWN: The Datuk businessman who was shot dead in the Penang bridge rampage on Thursday was head of a crime gang involved in murder, extortion and drug trafficking, police said.

Datuk Ong Teik Kwong, 32, was head of Gang 24 and was under surveillance for some time, George Town police chief Asst Comm Mior Faridalathrash Wahid was quoted as saying in an exclusive report in The Star today.

“We have information that the members were involved in protection rackets but no one has come forward to lodge a police report. The gang is also involved in illegal money lending.

“It is one of 14 secret societies being monitored by us. We have a list of the members and know their movements,” he said.

The Star reported Gang 24 became even more notorious after it merged with the Sio Sam Ong (Three Little Emperors) triad, which was behind the slaying of six people in Taman Bersatu, Sungai Petani, during a pre-wedding dinner in September 1992.

Sio Sam Ong has been implicated in at least 10 murders in the state, dating back to the late 80s and early 90s.



Five skeletal remains believed to be those of gang members, found with hands tied behind their backs, were exhumed from unmarked graves in Mount Erskine in 1992. They were apparently killed for betraying the gang.

Ong was also among several people linked to the murder of a VCD seller by several parang-wielding men in 2011.

In July last year, police seized RM1.5 million worth of drugs and more than RM1 million in cash with the arrest of five people, including three Sio Sam Ong members, in separate raids in Penang.

On Thursday night, Ong and two others were killed while five others were injured when his bodyguard opened fire at them along the Tun Dr Lim Chong Eu Expressway.

The Star reported that the influential Ong was also known as “Datuk M” for “Datuk Muda”, after he became one of the youngest recipients of the award. It was also reported his friends and numerous companies took out 50 full-page “congratulatory” advertisements, worth more than RM150,000, with a Chinese newspaper.


sumber :  
http://ift.tt/2gP7ByT
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Thursday, 1 December 2016

Siapa Mahu Kahwini 'Ibu Tunggal' Cantik Anak Satu? Berikut Adalah Syarat Dan Ciri2 Pasangan Hidup Yang Perlu Anda Ketahui..








Selamat Mencuba. Dengan izin Allah s.w.t. kami mendoakan semoga anda berjumpa si "dia" di CJM.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21

by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem

Akhir Zaman! Seorang Lagi Artis Wanita Sedang Meningkat Naik Ditangkap Khalwat! Lebih Memalukan Pasangannya Merakamkan Perbuatan Terkutuk Tersebut!