Saturday, 27 February 2016

Kerajaan Akan Gubal Undang-Undang Sekat Laman Sosial Yang Mengkritik Kerajaan

Kerajaan Akan Gubal Undang-Undang Sekat Laman Sosial Yang Mengkritik Kerajaan.jpg
Lapor TMI ;
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang dijangka dibentang di Parlimen Mac ini, akan menyelaras penguatkuasaan dalam menyekat laman blog yang memfitnah institusi kepimpinan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata turut disekat ialah artikel dan catatan dalam laman sosial yang menggugat ketenteraman dan kestabilan negara serta melanggar Akta Hasutan yang diviralkan menerusi media sosial.
“Diharapkan sebaik saja dapat kelulusan daripada Peguam Negara dan ke muka kepada Kabinet, kalau ada kesempatan (pindaan) akan dibentang dalam Mac,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Media Sosial Malaysia 2016 di Cyberjaya.
Salleh berkata pindaan tersebut akan memperjelas kuasa kerajaan dalam menguatkuasakan pelbagai akta bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.
Ditanya mengenai blog Sarawak Report, beliau berkata walaupun laman blog berkenaan disekat namun pengendali laman blog berkenaan menggunakan wadah lain.
Beliau berkata pindaan yang bakal dilaksanakan membolehkan kerajaan menyekat wadah berkenaan.
“Sarawak Report terbukti asyik menyebar fitnah sahaja di mana tidak ada asas sama sekali apa yang dilaporkan. Jika tidak berbuat demikian (disekat) akhirnya rakyat juga akan terkeliru dengan benda-benda yang tidak ada asas sama sekali,” katanya.
Salleh berkata mesyuarat pertama jawatankuasa menangani penyalahgunaan media sosial yang beliau pengerusikan pada Selasa turut bersetuju untuk menyelaras tindakan penguatkuasaan dengan merujuk kepada 10 akta selain bahagian penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, diterajui polis.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Isi Borang Permohonan Skim My Home 2016 Secara Online

Rumah Pertamaku - My Home.png
Isi Borang Permohonan Skim My Home 2016 Secara Online
MyHome adalah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta yang telah diperkenalkan sejak 1 April 2014 oleh Perdana Menteri. Objektif utama program MyHome ini adalah untuk memberikan bantuan subsidi maksimum RM30,000 kepada pembeli rumah pertama terutamanya golongan belia yang masih belum pernah memiliki rumah.
Pembeli memperoleh rebat pembelian atau potongan sehingga RM30,000 dari harga asal rumah mengikut harga semasa.
Syarat Kelayakan MyHome (2016) Skim Rumah Pertama:
  • Berumah 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Bantuan Subsidi RM30,000 maksimum dari harga sebenar rumah tersebut
  • Gaji pendapatan isi rumah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM6,000 sahaja.
  • Mematuhi tangga gaji seperti dibawah
Skim MyHome
MyHome 1:
  • 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 800 Kaki Persegi
  • Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
  • Jualan harga rumah;-
    Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
    Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
MyHome 2:
  • 3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 850 Kaki Persegi
  • Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
  • Jualan harga rumah;-
    Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
    Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
kriteri.jpg
Cara Isi Borang Permohonan Skim MyHome 2016
1. Borang Skim Myhome Online: http://ift.tt/1LMYNlf
2. Isi borang dengan lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan. Dokumen Wajib Dimuatnaik (pdf atau jpeg sahaja).
3. Senarai Dokumen Yang Diperlukan & Wajib Dihantar Bersama Borang (Semua dokumen ini wajib di gambar atau scan dan lampirkan bersama borang secara online)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
  • Salinan kad pengenalan anak
  • Salinan slip gaji
  • Salinan surat OKU jika ada
Aduan Mengenai Borang Skim MyHome (Tips)
Ramai mengadu gagal akses ke portal MyHome untuk dapatkan borang kerana portal MyHome bermasalah dengan isu keselamatan “security”. Sila proceed sahaja untuk dapatkan borang MyHome secara online seperti tertera dibawah.
1. Sila gunakan Google Chrome Sahaja. Sila klik “Proceed To laman Myhome” untuk akses borang.
Borang My Home online.jpg
2. Borang MyHome sedia di isi secara online
Isi borang rumah mampu milik swasta online.png
cc: Melvister

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Simbol Bank Negara Pada Ringgit Malaysia DIKESAN ILLUMINATI..!!!

Iluminati Ringgit Logo Bank Negara Malaysia.png
Simbol Bank Negara Pada Ringgit Malaysia DIKESAN ILLUMINATI..!!!
Simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia
Sebenarnya saya pun baru tahu juga perkara ini dari seorang sahabat , disebabkan perkara ini memang menarik perhatian maka saya mengambil keputusan untuk menyiasatnya dengan lebih lanjut.
Pertama sekali, jom kita check simbol ini pada ringgit kita,
3.jpg
Apa yang saya tandakan dengan dakwat merah itu adalah gambar seekor kijang. Tetapi betulkah itu seekor kijang?
Sebenarnya, lebih tepat lagi, simbol ini adalah sebenarnya milik Bank Negara Malaysia
Logo BNM.jpg
Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang?
Perkara yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor PENDEK!, manakala simbol haiwan diatas adalah berekor panjang..
Sebenarnya haiwan diatas adalah simbol seekor anjing..!
lambang-BNM.jpg
Lihat perbezaan Kijang pada Jata Negeri Kelantan dan Logo BNM
illuminati malaysia.jpg
Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.
Untuk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam). Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid
Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason.
Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan?
E-66anubis.jpg
Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?
Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.
discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel
Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.
Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.
Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia. – cc – AkuIslam.com

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Wednesday, 24 February 2016

6 Petanda PELIK Di Tasik Kenyir Sebelum Berlakunya Gempa Bumi

Gempar Bumi Tasik Kenyir Terengganu.png
6 Petanda PELIK Di Tasik Kenyir Sebelum Berlakunya Gempa Bumi
Perubahan ‘pelik’ yang berlaku sejak enam bulan lalu akhirnya menepati ramalan penduduk setempat bahawa ‘sesuatu’ akan berlaku di Tasik Kenyir susulan gempa bumi lemah 2.7 magnitud dikesan dikawasan tersebut, malam tadi.
Menurut pengusaha perniagaan berbentuk penganjuran aktiviti memancing Ibrahim Anon, atau Ujang, 50-an, perubahan yang berlaku di Tasik Kenyir sejak September 2015 termasuk keadaan permukaan bumi dan fenomena ikan naik ke permukaan air yang tidak berlaku seperti kebiasaan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat.
Musim tengkujuh tidak berlaku berbanding tahun sebelum ini. Malah, perubahan paling ketara yang dilihat sejak enam bulan lalu adalah apabila keadaan di bahagian hulu sungai mula kering dan dipenuhi dengan timbunan pasir.
“Musim ikan naik ke permukaan juga tidak berlaku. Ikan toman dan ikan sebarau biasanya akan naik ke permukaan air setiap musim pada penghujung tahun. Namun, keadaan itu tidak berlaku,” katanya yang berpengalaman selama 20 tahun menguruskan perniagaan memancing di Tasir Kenyir, ketika dihubungiMalaysian Digest, hari ini.
Ujang yang juga menguruskan perniagaan rumah bot di Tasik Kenyir berkata, berikutan perubahan tersebut, pihaknya dan kumpulan ‘kaki pancing’ sudah menjangkakan gempa bumi akan berlaku memandangkan insiden tersebut bukan pertama kali berlaku di sana.
Bagaimanapun ujarnya, gegaran yang turut dirasai di sekitar Kuala berang itu tidak menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk setempat dan pelancong yang berada di Tasik Kenyir.
“Pengusaha bot sudah biasa dengan keadaan cuaca yang ekstrem dan gegaran semalam tidak dirasai di rumah bot kerana ia berada di permukaan air. Namun, gegaran itu mungkin dirasai oleh penduduk di kawasan darat,” jelasnya.
Ditanya mengenai jangkaan kebarangkalian gempa bumi susulan akan berlaku di Tasik kenyir, Ujang berkata; “Ya, (gempa bumi) akan berlaku lagi dan lebih besar kerana perubahan keadaan bumi di kawasan tersebut ada menunjukkan tanda-tanda. Dan sains sendiri juga mengakui bahawa fenomena alam seperti gempa bumi boleh berlaku dimana-mana.”
Namun, Ujang menasihati penduduk dan pelancong yang berhasrat untuk ke Tasik Kenyir supaya tidak bimbang memandangkan keadaan Empangan Tasir Kenyir adalah selamat.
“Ia (gempa bumi) perkara biasa. Empangan Kenyir juga tidak terjejas susulan gempa bumi malam tadi,” ujarnya.
Berdasarkan rekod, insiden gempa bumi di tasik buatan manusia terbesar Asia Tenggara yang berlaku malam tadi merupakan insiden kedua, selepas kali pertama berlaku pada 2010 dengan berukuran 2.6 pada skala Richter.
Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam tadi, tiada ancaman tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 9.25 malam itu, namun agensi itu sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

(PANAS) Adik Neelofa KUTUK Sekolah Kerajaan.. Cikgu Buat Kerja Cincai, Kantin & Toilet Kotor

Adik Neelofa Kutuk Sekolah Kerajaan.png
Adik Neelofa KUTUK Sekolah Kerajaan.. ‘Cikgu Buat Kerja Cincai, Kantin & Toilet Kotor’
Jika dulu dia dikecam kerana melontarkan kata kesat setelah netizen mengkritik kakaknya. Kini timbul pula isu dia mengutuk sekolah kerajaan, yang pastinya membuatkan netizen naik angin.
Mungkin niat si gadis manis ini hanya untuk berkongsi pengalaman dan keseronokan belajar di International School. Jadi, adik Neelofa yang mesra dipanggil Ameera ini pun merakamkan sebuah video membandingkan kelebihan belajar di International School dan sekolah kerajaan.
Bagaimanapun, pendapat peribadi yang diutarakan dalam video tersebut dianggap agak keterlaluan bagi masyarakat Malaysia yang kebanyakannya hanya mampu untuk menuntut ilmu di sekolah kerajaan.
International School VS Goverment School
Setakat jam 12 tengahari tadi, video yang berdurasi lebih kurang 10 minit tersebut telah mendapat 40,000 views dan lebih 2,000 dislike di Youtube.
Antara komen yang diutarakan oleh netizen adalah seperti di bawah.
1.png
2.png
3.png
4.png
Bagaimanapun, Ameera lantas memohon maaf.
Ameera Adik Neelofa.png
I’d like to apologize to anyone who was offended by my recent video about education on Youtube, as I had no intention whatsoever to hurt you in any way. Everything I said was based on my experience and what I observed, as mentioned in the video. I was only comparing, I didn’t mean to bash or anything. I think I had the right to express my opinion on the question that was asked and you had your rights to comment, agree, or disagree with the opinion. You guys have been updating me with so many comments, tweets and such which made me realize how much you actually care by spreading awareness for me to become better. I thank all of you for that. I’ve forgiven everyone who have said various things to me, and I deeply apologize to everyone I’ve offended. I will be extra careful with my next videos. And again, I’m sorry.
Via – OhBulan!

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Tuesday, 23 February 2016

TMJ Bersalam Dengan Isteri Safiq Rahim & Dilihat Mempersendakan Agama.. Ini Pandangan Dr. MAZA..!!

TMJ Bersalam Dengan Isteri Safiq Rahim & Dilihat Mempersendakan Agama.. Ini Pandangan Dr. MAZA..!!
TMJ Bersalam.png
Gejala Ikhtilath (percampuran di antara kaum lelaki dengan wanita) semakin dianggap perkara biasa. Mereka saling bersentuhan kulit, bersalaman tangan, bertepuk-tampar, bersenda-gurau, sehingga ada yang berpelukan sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah. Lebih merisaukan apabila ada yang menganggap bahawa ia tidak termasuk kesalahan di sisi agama. Di antara sebab-sebab perkara ini terus berleluasa mungkin adalah kerana faktor lemahnya iman, budaya persekitaran yang penuh syubhat, terkesan dengan pelbagai adegan filem dan drama, dan ketidak-tahuan mereka terhadap dalil-dalil berkaitan yang menjelaskan persoalan tersebut secara jelas.
Di samping adanya beberapa fatwa meragukan dari tokoh-tokoh tertentu masa kini yang mengharuskan bersalaman di antara lelaki dan wanita ajnabiyah (bukan mahram) dalam keadaan tertentu. Ini adalah sebagaimana yang diutarakan dan ditunjukkan antaranya oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpandukan beberapa tafsiran dan takwilan yang dikemukakannya.
Lihat pandangan Mufti Negeri Perlis, Dr.MAZA menerusi video dibawah.
Dalam isu bersalam dengan bukan mahram ini, Dr. MAZA menyokong pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang mengatakan pada asalnya tidak boleh bersalaman. Namun, jika bukan mahram (kafir) yang menghulurkan salam kepada kita merasa dirinya hina, maka dibolehkan bersalam dengan sekadar sebentar sahaja.
Dengar pula jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus ini.
Hukum Bersalaman antara Bukan Mahram adalah HARAM walaupun secara berlapik menggunakan sarung tangan yang nipis kerana masih merasai jisimnya, melainkan dalam keadaan darurat (terpaksa). – Ustaz Azhar Idrus
TMJ membuat video sindiran kepada pengkritiknya. Dilihat seperti mempersedakan agama.
Surah al-An’am; 70
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ
Maksudnya:
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).
Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
Maksud perbuatan mempersendakan agama :
Perkataan atau perbuatan yang menjatuhkan martabat agama.
Contoh perbuatan mempermainkan agama :
1. Memperkecilkan tuntutan agama
2. Bangga apabila melanggar larangan Allah
3. Menghina orang yang bertakwa
4. Menyanjung perbuatan maksiat
5. Tidak bersolat
6. Makan di khalayak ramai pada siang hari di bulan ramadhan
7. Tidak membayar zakat

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Monday, 22 February 2016

BANGLA MENGAKU DAPAT IC, DAPAT BANYAK KEISTIMEWAAN.. TAK MAHU BALIK!

Bangla Dapat IC.png
BUKTI! Pekerja Bangladesh sendiri mengaku diberi kad pengenalan (IC) dan suka berkahwin dengan wanita Melayu tempatan untuk mendapat pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan.
Mereka membuat pengakuan itu selepas ditanya sekumpulan ahli Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS) di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh baru-baru ini.
Sambil memegang Jalur Gemilang yang diberikan, pekerja Bangladesh terbabit mengaku memperoleh banyak keistimewaan sehingga enggan pulang ke negara asal.
“Ramai dapat IC betul tak?,” tanya Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah.
“Betul,” jawab sekumpulan pekerja Bangladesh.
Soalan: Dapat kahwin dengan orang Melayu betul tak?
Jawapan: Betul
Soalan: Kahwin dengan orang Melayu dapat IC betul tak?
Jawapan: Betul
Soalan: Kahwin dengan orang Melayu sebab nak berniaga betul tak?
Jawapan: Betul
Sementara itu, Mohd Ridzuan dalam sidang medianya berkata, pengakuan sendiri warga Bangladesh itu membuktikan mereka mendapat keistimewaan mengalahkan rakyat tempatan.
“Warga Bangladesh sendiri sebut tadi mereka suka di sini. Apa yang saya sebut tadi mereka semua dapat. Saya rasa apa yang mereka dapat rakyat tempatan tak dapat,” katanya.
Mengulas lanjut, Ridzuan berkata kebanyakkan pekerja asing yang sudah bekerja di negara ini tidak bersetuju dengan kemasukan 1.5 juta warga itu yang baru sahaja ditandatangani antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.
– FMT

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Saturday, 20 February 2016

MENARIK : TGV CINEMA SEDIAKAN PANGGUNG KHAS UNTUK KELUARGA

  • Any parent with babies or young children know what it's like to avoid watching movies in the cinema for fear of disturbing other patrons with their kids. Well, not anymore.

  • Thanks to TGV Cinemas' Family Friendly Sessions, your children can now ask questions and roam free while you enjoy a movie in the cinema. Don't worry about disturbing other patrons either, you're all in this together.

  • Besides allowing crying babies and hyperactive toddlers into its halls, these sessions also serve to provide a comfortable experience for young families by lowering the volume and brighter lights. A diaper-changing table and dustbin will also be set up for parents' convenience.

  • To ensure everyone's enjoyment, parents are advised to follow TGV's strict 'House Rules' throughout the movie session:

    • 1. Kids are allowed to ask “Why” 
      2. Kids can scream and shout, and let it all out
      3. Kids can make new friends 
      4. Kids are allowed to move around 
      5. Parents, please proceed to the toilet for anything wetter than tears
       tgv.com.my
  • The sessions are now available every weekend at 11am @ TGV 1 Utama, Sunway Pyramid, Encorp Strand Mall, Jaya Shopping Centre, AEON Cheras Selatan, AEON AU2 Setiawangsa, AEON Bukit Raja, and AEON Rawang

    • Tickets are priced at RM5 for kids between 3 to 12 years old (kids below 3 years old enter for free), and RM10 for adults (maximum 2 kids per adult).

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT