CERITA DALAM MALAYSIA
Friday, 23 March 2018
HEAVEN SHALL BURN - Corium (OFFICIAL VIDEO)
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
Wednesday, 29 November 2017
Suami curang, roboh rumah
Suami curang, roboh rumah
Suami curang, roboh rumah
Suami curang, roboh rumah
Suami curang, roboh rumah
KISAH seorang wanita yang bekerja di luar Indonesia meruntuhkan rumahnya di kampung kerana suaminya curang membawa wanita lain tinggal di rumah berkenaan menjadi perbualan hangat di media sosial negara itu.Menurut laporan Liputan6, wanita itu, Mimin Aremanita Formosa, dikatakan meruntuhkan rumah berkenaan yang dibina hasil pendapatannya bekerja di Taiwan selepas mengetahui suaminya membawa wanita lain tinggal di rumah mereka di Malang, Jawa Timur.
Namun, Mimin melalui Facebook menyatakan kecurangan suaminya bukan punca dia meruntuhkan rumah berkenaan.
Kerja-kerja meruntuhkan rumah itu dimulakan minggu lalu. © Provided by Media Prima Kisah Mimin Aremanita Formosa (gambar kecil) merobohkan rumah yang dibina hasil titik peluhnya selepas bekas suaminya curang menjadi tular di media sosial di Indonesia. - Foto Facebook.
Walaupun mengesahkan suaminya curang, namun menurut Mimin, rumah berkenaan diruntuhkan berikutan berlaku perbalahan kerana rumah itu didirikan di atas tanah bekas mentuanya.
Mimin mahu menjual rumah itu namun keluarga bekas mentuanya membantah kerana dibina di atas tanah mereka dan mendakwa rumah berkenaan milik mereka.
Mimin kemudian mahu menyerahkan rumah itu kepada anaknya namun mengarahkan rumah itu dikosongkan tetapi bekas suaminya enggan.
Mimin kemudian meminta ganti rugi 75 juta rupiah (RM22,700) namun bekas suami dan keluarganya hanya mampu membayar 35 juta rupiah (RM10,600).
Berikutan itu, Mimin memutuskan rumah berkenaan dirobohkan bagi mengelak perbalahan berpanjangan.
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
Tuesday, 28 November 2017
Joe minta maaf 'wanita berbikini'
PENYANYI Joe Flizzow meminta maaf kepada peminat yang tersinggung dengan babak wanita berbikini dalam video muzik lagu barunya berjudul Drop.
[[gn4id:25618698]]
Menurutnya, dia tidak melihat ia sebagai isu besar memandangkan model berkenaan bukan warganegara Malaysia namun bersedia menerima kecaman.
“Pertama sekali saya ingin meminta maaf dan sedia menerima segala kritikan mengenai video itu. Saya pun sebenarnya sudah menjangkakan perkara ini.
“Bagaimanapun, saya cuma mahu jelaskan bahawa model dalam video itu adalah wanita Brazil. Jadi ia bukan masalah besar lagipun mereka di Brazil sendiri tidak sabar melihat hasilnya,” katanya.
Joe mengatakan konsep video itu ditentukan pihak label yang berniat untuk memasarkannya di peringkat antarabangsa.
Dalam pada menerima terbuka hati dengan kecaman netizen, menurut Joe dia tidak perlu terkesan dengan perkara itu.
“Bukan hendak buatkan peminat di sana tawar hati tetapi saya tidak pernah membaca komen di YouTube. Mereka terbuka untuk memberi apa juga pandangan.
“Bagi saya golongan yang mengecam itu mungkin terlalu banyak masa untuk berbuat demikian. Walhal, banyak lagi perkara penting lain yang patut jadi perhatian,” katanya.
Video single barunya itu dilancarkan dan dimuat naik di YouTube pada 23 November lalu. Setakat ini, jumlah tontonannya sudah mencecah lebih 246,000 dan mendapat lebih 1,000 komen.
sumber : http://ift.tt/2juCtad
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
Sarjan mejar 'larikan' isteri orang
PEMILIK akaun yang menggunakan nama Azam Sniper mendakwa isterinya, Ariyani atau Lily dilarikan anggota polis berpangkat sarjan mejar yang bertugas, di sebuah balai polis di Selangor.
bhnews@bh.com.my
IPOH : Polis Perak menjalankan siasatan berhubung laporan seorang lelaki yang mendakwa isterinya dilarikan anggota pasukan itu yang bertugas di sebuah balai polis di Selangor.
Dakwaan lelaki terbabit menjadi tular di media sosial selepas dia memuat turun gambar isterinya dan anggota polis berpangkat sarjan mejar sejak Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee, berkata pihaknya menerima beberapa laporan polis dibuat suami wanita berusia 31 tahun itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dekat sini.
Katanya, hasil semakan turut mendapati laporan polis turut dibuat anggota polis terbabit dan wanita berkenaan.
"Siasatan dalaman akan dijalankan terlebih dahulu atas salah laku anggota polis berkenaan dan sekiranya terbukti tindakan diambil oleh jabatan berkaitan.
"Polis juga akan meneruskan siasatan jika ada keterangan atau bukti kesalahan jenayah dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jumaat lalu, pemilik akaun yang menggunakan nama Azam Sniper mendakwa isterinya, Ariyani atau Lily dilarikan anggota polis berpangkat sarjan mejar yang bertugas, di sebuah balai polis di Selangor.
Dalam status dimuat naik pemilik akaun terbabit, meminta orang ramai yang mendakwa melihat isterinya yang kini menyewa di sebuah bilik di beberapa lokasi di Pahang, agar menghubunginya.Dia turut memaparkan gambar anggota polis berkenaan serta gambar isterinya.
sumber : http://ift.tt/2ADHZlQ
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
Netizen Panas Laundya Cynthia gambar Bertiga,
Benda paling susah dalam dunia ini rasanya nak puaskan hati semua orang. Apa sahaja yang dibuat, pasti akan menjadi perhatian dan kata-kata orang tambah lagi jika orang tersebut terkenal.
Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang berkahwin dengan bekas suami selebriti jelita Erra Fazira baru-baru ini turut menjadi bahan cakap-cakap netizen setelah memuat naik gambar dirinya, suami, Engku Emran dan Erra Fazira bertiga ketika memberikan sokongan pada acara sukan anak bekas pasangan tersebut, Engku Aleesya.
Ayah - Bunda - mom ♥️ #teamAleesya #swimminggalaprimary2017 #happysaturdayyall
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on Nov 24, 2017 at 7:15pm PST
Di laman Instagram Bella, gambar ini sahaja telah mendapat 1.1 juta likes serta 13,000 komen dari netizen. Mereka saling memberikan komen negetif namun dibalas positif oleh peminat Erra Fazira.
@anita_kenzo : "Tetep aja ada cemburu masih ketemu mantan .. gagal move on .. mkn hati wlu sedikit bella .. klu gue jujur yg nama nya mantan udh masa lalu yg ga perlu hadir lg dlm kehidupan karna sedikit banyak akan melukai perasaan pasangan baru tanpa di sadari .."
@yulmaagt : "kok aku takut nanti mereka nginget masalalu kok aku jd yg gimana gitu semoga teh bella dan suami rumah tangganya di lindungi allah"
@t.utami : "Surga yg tak dirindukan versi kisah nyata ini sih"
@mandypinky2017 : "Jgn sesuka hati berprasangka buruk terhadap Erra Fazira. Kalau Erra mau bersama Emran sudah lama dia rujuk dengan Emran bknnya sekarang. Kalau nak tahu, Erra bukan saja baik dgn BEKAS suaminya Emran, dgn bekas suaminya Yusry juga dgn bekas2 kekasihnya juga dia berbaik. Jadi apa masalah dengan korang yg berfikiran sempit. Seenaknya kamu memfitnah Erra dgn pemikiran2 busuk kamu yg bukan2. Buka minda kamu, jgn terus berfikiran kotor."
@yantiewidha : "Resiko menikah sm duda yaa ky giniii..alasan nya demi anak"
Ada segelintir peminat yang masih tidak tahu bahawa Emran dan Erra telah lama berpisah dan menyangkakan Bella kesayangan mereka dipoligamikan.
Kami yakin Erra Fazira dan Engku Emran telah lama move on, tidak bersengketa dan bahagia dengan hidup mereka masing-masing.
Buat Engku Emran, Bella dan Erra Fazira, tabahlah menghadapi cakap-cakap dari netizen. Semoga rumahtangga dan apa jua rencana masa hadapan yang mahu dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
gesa Tunku Ismail pulang??
Perkara itu disuarakan Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim yang menganggap Tunku Ismail berhak menikmati segala kejayaan yang dicapai kelab berkenaan.
“Saya menyeru kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail cepat kembali kepada kelab JDT dan beri fokus 100 peratus kepada projek JDT.
“Sebagai seseorang yang bertanggungjawab atas kejayaan JDT di dalam dan di luar padang selama ini, baginda (beliau) patut berada di sini supaya baginda boleh menikmati semua perkara yang sudah dicapai,” kata Tunku Tun Aminah dalam satu kenyataan di Facebook, JOHOR Southern Tigers, malam tadi.
Kenyataan daripada Tunku Tun Aminah itu dilihat mengundang sedikit persoalan mengenai tugas besar yang digalas TMJ ketika ini iaitu sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Bagaimanapun, TMJ pada sidang media di Johor Bahru pada Khamis lalu menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatan di kerusi nombor satu badan induk bola sepak negara itu walaupun terdapat desakan daripada beberapa pihak tertentu.
Menerusi kenyataan sama, Tunku Tun Aminah turut mengesahkan 10 bilik ruang korporat di Stadium Sultan Ibrahim Larkin, yang masih dalam pembinaan sudah habis ditempah.
Ia pastinya satu kejayaan berganda buat projek kelab berkenaan kerana setiap bilik itu bernilai RM500,000 bagi semusim.“Terima kasih saya ucapkan kepada yang sentiasa menyokong dan percaya kepada projek Kelab Bolasepak JDT,” tambah Tunku Tun Aminah.
sumber : http://ift.tt/2naJrq2
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
Sunday, 26 November 2017
Yuna, Adam Sinclair Sanding
Selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama Adam Sinclair awal Ogos lalu, Yuna menerusi ruangan Miss K mendedahkan, majlis persandingan mereka bakal diadakan pada hujung bulan Januari tahun depan. Bagaimanapun tarikh pernikahan pasangan itu masih dirahsiakan.
“Wahhhh! Tahniah Miss K ucapkan kepada penyanyi popular Yuna dan tunangnya, Adam Sinclair yang akan melangsungkan pernikahan pada bulan Januari tahun depan. Baru sekejap tadi Miss K terima kad undangan ke majlis persandingan Yuna dan Adam yang akan diadakan pada 28 Januari 2018”
“Sumber yang layangkan kad jemputan perkahwinan Yuna dan Adam beritahu, majlis persandingan pasangan sama cantik sama padan itu akan diadakan di Putrajaya Convention Center,” kata Miss K di Astro Gempak.
Menurut sumber itu, kad undangan perkahwinan mereka tampak ringkas tetapi elegan dengan wajah Yuna dan pasangan di depan kad yang berwarna agak ‘vintage’. Sebelum ini, Yuna difahamkan rancak membuat persiapan perkahwinan dan sering mengemas kini perkembangan di laman sosial.
Apapun tahniah diucapkan kepada Yuna dan pasangan. Semoga segala persiapan dan perancangan yang dijalankan berjalan dengan lancar. (rtkt/w)
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
Subscribe to:
Posts (Atom)